Tuesday, 3 November 2015

BERHUTANG

Assalamualaikum

hai semua


Siapa kat sini yang berhutang macam aku?Okay,kita geng sebab aku punya PTPTN tidak dilunaskan lagi.hahaaaaa. Tak kiralah berhutang dengan ibu bapa,saudara mara,rakan-rakan,atau pinjaman PTPTN, dan MARA semua tu perlu dibayar. Kalau tak tunggulah bayar di akhirat kelak. Fuhh,tetiba aku jadi takut sebab sejak habis belajar hari tu,aku memang tak bayar satu sen pun lagi pinjaman aku. Yap ampun,nak pinjam mudah je tapi nak bayar balik tu bukan main susah lagi.

Tu bab berhutang dengan PTPTN. Berhutang dengan saudara mara dan     kawan-kawan seringgit dua tu nampak kecik je,tapi kesan dia memang besar kalau empunya diri tak halalkan. Aku pun termasuk kategori manusia pelupa jugak. Ye lah seringgit dua je pun,bukan boleh beli mercedes dengan duit tu. Okay ayat tak boleh blah. Untuk mengelakkan menanggung dosa berhutang,masa last semester hari tu aku kerap jugak tanya kawan-kawan rapat aku. Kalau ada hutang terus bayar,kalau tak ada terus keluar dengan muka yang tidak ada perasaan.hahaaaa. Percaya uaoolzzzz,aku jenis yang susah nak berhutang kalau tak ada kes-kes kecemasan. Macam hari tu,purse aku hilang,so kena buat muka tak malu pinjam duit kawan-kawan.heheeee. So,mulai hari ini,sila titikberatkan hutang-hutang kita ya.


      "Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat mulia disebabkan hutangnya sehinggalah hutang itu dijelaskan"

Please,jangan amalkan sikap berhutang. Sekali kita ajar diri kita berhutang,lama-lama akan menjadi satu tabiat. Berhutang ni bukan sahaja melibatkan urusan dunia,tapi mejadi beban di akhirat nanti. Kau nak ke serahkan pahala kau secara percuma dengan pemberi pinjam. Mestilah tak nak kan. So mulai sekarang,segera selesaikan hutang-hutang kita mengikut kemampuan. Kebanyakan ramai yang buat pinjaman dengan institusi kewangan,tapi tak nak bayar balik walaupun dah kerja. Tak mampu weh nak bayar secara cash,tapi sekurang-kurangnya niatlah yang kita nak jelaskan hutang tu sebelum mati.

Ingatlah sebelum terlambat. Kalau ada hutang yang belum di tuntut,tuntutlah sebelum kita mati. Kalau mati,tuntutlah dengan waris-waris. Kalau tak nak tuntut,halal dan ikhlaskan sahaja.


Okay,..thanks for reading

Thursday, 9 July 2015

LURIMA TRAVEL

Assalamualaikum


Korang pernah tak stalker LURIMA TRAVEL punya Intagram dan facebook dio orang. Hisy ruginya uoalzz. Aku hari-hari pergi stalk insta dan fb dio orang semata-mata nak tahu update terkini daripada dio orang. Untuk pengetahuan korang,LURIMA TRAVEl ni adalah agent perlancongan ke korea dan jepun. Aku dah lama berangan nak pergi korea,so bila tengok gambar permadangan di korea ia bagaikan heaven untuk aku.hahaa. Lagipun gambar-gambar yang LURIMA TRAVEL update semuanya lelawa. Rasa nak nangis kat bucu katil je sebab terlalu cantik.

LURIMA TRAVEL ni bagus tau. Walaupun aku ni tak pernah pergi ke korea,tapi bila follow IG dio orang,banyak benda yang aku tahu pasal korea ni. Dia orang punya pengetahuan memang tinggi. Selalu je update pasal makanan korea,budaya,bahasa,dan tempat-tempat menarik di korea. Best giler kan. 


Jom layan gambar-gambar daripada LURIMA TRAVEL yang memang awesome.








sape plan nak pergi Korea tahun ni..Nak enjoy dan private travel dengan family kita je,cubalah pakej yang LURIMA TRAVEL tawarkan. Plan dan book flight awal-awal..hehe..macam aku pulak yang excited nak pergi kan.





                                                        Nak macam ni jugak..jeles..jeles..


           Kalau nak tahu lebih details mengenai harga dan pakej. Kena berhubung terus dengan dio orang ya. 



 

   

Percutian yang menarik hanya di LURIMA TRAVEL..



                             Jom follow LURIMA TRAVEL sekarang

                           Facebook  :LURIMA TRAVEL
                           Intagram : @Lurima Travel

Okay that's all.. thanks for reading guys..


Wednesday, 8 July 2015

My Life now....

Assalamualaikum

Perasan tak uoalzzz blog ni seolah-olah sudah meninggalkan masa silamnya macam tu je kan. Langsung tak ada entry dan update terbaru.hahaa..Ucapan salam ramadhan pun langsung tak wish kat blog ni. Tahun ni fulltime puasa dan sahur dengan family. Zaman puasa dan sahur yang riuh dengan kekawan semua sudah ditinggalkan sejak 2 bulan yang lalu. Bunyi macam sedih je kan. 

Hampir 2 bulan meninggalkan pengajian di Politeknik,ianya mengubah 100 % aktiviti dan rutin harian aku. Tak ada lagi buku-buku dan assignment yang memeningkan kepala. Tiada lagi test,kuiz atau final exam yang bagaikan serangan strok untuk we allzz. Hampir 3 tahun menimba ilmu dalam jurusan business studies ternyata merupakan kenangan manis untuk aku. Walaupun hanya di Politeknik,tetapi di situlah bermulanya pendedahan ilmu mengenai perniagaan. Insya Allah,ilmu itu akan digunakan untuk handle company sendiri suatu hari nanti.

Kalau dulu bangun pagi-pagi sibuk nak pergi kelas,tetapi sekarang tanggungjawab seorang pelajar sudah beralih kepada tugas sebagai pekerja. Masuk ni sudah hampir sebulan aku memegang jawatan salegirl di kedai tudung.hahaa..orang lain sibuk mintak kerja office,aku pulak sibuk duk mintak kerja kat kedai-kedai biasa..Salegirl pulak tu.hahahaa..Siyesly,bekerja jauh lebih penat daripada belajar. Susah nak dapat cuti. Nak rehat pun terkejar-kejar dan kadang-kadang langsung tak sempat. Nak dekat raya ni lagilah,orang makin ramai. Kerja makin bertambah. Macam-macam gelagat aku dapat tengok. Orang ni suka yang macam mana,orang ni pula jenis minat yang mana eah. See,kat situ aku boleh dapatkan idea untuk business aku. Bekerja sambil mengkaji.hehee..Pahtu aku siap berangan yang kedai tu aku yang punya. berangan itu free dan ternyata ia adalah benar.hahaa


Dapat boss yang baik dan persekitaran kerja pun okay. Customers pun memang baik giler. Aku siap ajak customer berbual-bual lagi..hehee. So,setakat ni aku rasa puas hati dengan kerja aku walaupun hanya sebagai salegirl. Orang cakap pengalaman lebih mahal daripada wang ringgit. Kepuasan diri dan hati jauh lebih penting. Gaji satu juta tapi hati tak tenang tak boleh jadi jugak kan. Kerja salegirl ni tak lama pun,maybe lepas raya nanti aku berhenti lah kut. Plan sesorang.hahaaa



                                                                   my best friend

Itu adalah serba sedikit mengenai kehidupan aku selepas tamat belajar. Banyak lagi nak citer..tapi next entry okay.

SALAM RAMADHAN SEMUA...Selamat Beribadah dan mengejar malam LAILATUL QADAR..

Thanks for reading...really appreciate!!!

Friday, 27 March 2015

Struggle for final exam

Assalamualaikum.

Hai ..hai..hai..hai…

Motif apa yang letak banyak sangat hai tu.Saja nak menunjukkan betapa friendly nya aku dalam dunia penulisan.hahaaaa

Pejam celik,pejam celik dan kadang-kadang tak terpejam rasanya sebab risau duk pikir pasal exam. Lagi seminggu you allzzz,I nak exam.Dalam banyak exam,exam di semester akhir ni lah yang paling banyak cabaran. Masing-masing nak buat yang terbaik untuk last semester ni. Subjek untuk taraf politeknik tak adalah segempak dan sesusah kat Universiti,tapi bila namanya EXAM memang cabaran dan kesukarannya tetap ada.

Masa final exam ni,tidur pun tak lena.Makan sekarang pun ala kadar je sebab malas sangat nak masak. Kalau tengok kat rumah aku,memang tak nampak macam rumah dah. Semuanya bersepah dengan nota-nota dan buku. Setiap housemate ambik sudut dan ruangan masing-masing untuk study kecuali dapur dan tandas.kih..kih..Aku pulak lebih suka study dalam bilik, Lebih privacy sikit tapi tak tahan kalau tengok katil. Mulalah mata ni nak mengada-ngada. Ubat yang paling mujarat time exam ni adalah NESCAFE. Ya itulah aku,setiap kali exam.Wajib minum NESCAFE untuk tahan mata daripada mengantuk. Lepas tu sedapkan hati,tak apa aku minum jarang-jarang je. Tak bahaya sangat.hehe..

Aku ingat lagi masa semester lepas. Disebabkan aku rasa berada dalam zon yang sangat selesa. Aku ambik risiko study last minute. Subjek teori dan fakta pulak tu. Esok nak exam,malam ni baru aku struggle bukak buku. Sanggup semalaman aku tak tidur semata-mata nak back up semua bab yang aku belum sudy. Akhirnya,tepat jam 6:00 pagi,kepala rasa pening yang teramat sangat. Exam mula pukul 8 pagi,pukul 7 aku tidur kejap. Bangun tidur je, apa yang aku study semalam.Apa yang aku baca semalam. Semuanya kelihatan kabur dan nervous giler. Nak nangis sebab takut repeat,tapi aku tak repeat pun paper tu. Nasib masih menyebelahi aku. Dalam dewan tu,terus goreng ayat yang paling gempat meletup kebabooomm. Balik rumah,nangis dengan penuh penyesalan sebab terlalu leka dan main-main. So,semester ni,tak nak dah benda macam ni berlaku. 



     Ni classmate aku..Yang kat belakang tudung warna purple itu adalah aku..Aik semuanya gegirllsss.Mana yang laki?opps laki haruslah jadi cameraman kita orang..yo dop?hahahaa




          Done presentation..Sekarang dah boleh senyum dengan gembiranya. Tapi tak gembira,sebab final exam sedang menanti.
       






      Wah!!segaknya kami..ehem..ehem..Terserlah gaya korporat kita orang..Blazer bau kedai lagi okay.Sanggup pergi cari blazer semata-mata untuk present.Yang mahal yang bundle pun kami sapu habis.hahahahhaaaaa

      Lastly,wish good luck to me. Sesiapa yang exam sama dengan aku,selamat berjuang you allzzzz..

       doa,usaha,iktiar,dan tawakal...

       Semoga Allah SWT memberi hati yang tenang dan kesihatan yang baik.Aamin...

Thanks for reading!!!



Tuesday, 17 March 2015

This is my girlfiriends

Assalamualaikum..

Bulan ni adalah bulan yang paling sibuk.Sibuk dengan test,kuiz,assignment yang berlambak macam tak ada kesudahan.Bila-bila masa sahaja 7 April 2015 akan muncul.Yap,final exam dah nak dekat.Viva untuk projek akhir pun akan dibentang pada 26 Mac ni..hah,aku pulak masih terkial-kial nak siapkan report dan slide.Nota aku pulak masih berterabur.Yang tu tak ready,yang ni tak ready.Macam mana aku nak exam ni.

Tak sesabar nak tunggu lecturer habiskan semua topic pengajian.heheee.Kebanyakan subjek dah habis topic.Yang tinggal sekarang cuma finance dan Investement yang masih ada satu bab lagi..heheee.

Entry kali ni aku nak memperkenalkan girlfriends aku yang paling annoying..hahaaa..Ya dio orang memang annoying sebab selalu je buat aku gelak dan dio orang jugak tempat aku cari gaduh..Patutkah dipanggil annoying?hahaaaa..Aku pulak jenis manusia yang tak boleh hidup tanpa kawan.Wajib ada kawan untuk menemani aku dan menjadi planner untuk setiap kerja giler aku.Aku  jugak perlukan kawan untuk dijadikan tempat aku melepaskan amarah dan tekanan..hahahaaa.





               nyum..nyum..Chim Chum time..Sempat lagi pergi ke Food Village semata-mata nak makan benda ni..Puas hati,tak rugi aku merengek dengan dio orang nak pergi ke sini.hahaaaa.. 

Sesiapa yang teringin nak makan seafood,pergilah makan kat sini.Area PC,kelantan.Harga berpatutan je tau.RM23.00 je seorang.






           

          Ni dua orang girlfriends aka housemate..Dio orang adalah antara kawan yang aku rapat.Memang perangai giler-gile macam aku jugak.Kalau orang tak kenal aku,mesti cakap aku ni sombong dan pendiam.Tapi percayalah you alllzz,berkawan dengan aku memang boleh buat korang happy..kah..kah..perasan.

          Actually kenal dio orang baru je lagi.Hampir setahun kenal,tapi kita orang memang rapat sebab sekepala.Kalau dah jumpa yang serasi,kejap je boleh rapat.Aku jenis yang bising tau,so,perlukan kawan yang selalu talk.,talk..talk dengan aku.Barulah hidup tak kesunyian..

        Kedua-duanya mempuanyai personaliti dan behaviour yang sangat berbeza.Cohtohnya Mek Ngoh,mek ngoh merupakan manusia yang sangat menepati masa.Pergi kelas wajib awal daripada orang lain.Sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara tapi agak kalut dalam menyelesaikan masalah.hahaa

       Arie pulak jenis yang selamba,tapi you allzzz arie ni jenis yang straight sikit.Kalau nak cakap dengan dia,jangan berkias-kias.Kena cakap staright to the point.Arie jugak jenis manusia yang pelupa.Bukti yang paling ketara adalah apabila dia baru sahaja buat password phone dia,tak kurang daripada 5 minit.Dia dah tak ingat dah password tu.Bahaya tau dengan dia ni.Jangan bawak dia ni pergi shopping nanti habis benda dia lupa..


          Harap dia orang tak baca blog ni,nanti tak pasal-pasal claim dengan aku..Jom sama-sama berdoa agar permintaan dimakbulkan.



    Kalau pergi makan chim chum,wajib pergi ramai-ramai..baru best.          

       Mek Ngoh.ehem..ehem..kat tengah tu titew..Kat sebelah tu        Mek Arie.

       Gambar tak lawa sebab pakai camera telefon  je..ngeh..ngeh..Abaikan je okay.





Hah,ambik gambar ni setepek


Me and Mek Ngoh (nama glamour) hahaaaaaa...Gambar ni diambil masa pergi ke KFC hari tu.Wajiblah selfie sebagai modal nak berlagak.hahaaa








Opps gambar sedikir kabur dan tak cantik..sowwy..

So korang,hargai kawan-kawan anda ya.Nak cari yang serasi yang boleh terima kekurangan dan kelemahan kita tu agak susah.Tapi Insya Allah,kalau kita ikhlas kawan.Semuanya akan jadi mudah.Jom ramaikan rakan-rakan sejantina agar ukhwah semakin teguh dan kukuh.

Thanks for reading!!!


Tuesday, 24 February 2015

In'syaf Exlusive..


Assalamualaikum

Hai semua...


SURPRISE..SURPRISE..SURPRISE...


Siapa nak shawl halfmoon Qareena?Cepat angkat tangan sekarang.Angkat kasi owner blog ni nampak tau.


Korang pergilah kat page In'syaf Collections.Siyesly,memang lawa shawl halfmoon ni.Warna-warna yang digunakan pun ceria dan lembut je..cewah!!ayat promote.



Kau orang yang suka sangat pakai tudung bawal atau tudung empat segi tu,sekali sekala bergayalah dengan shawl halfmoon pulak.Mudah je tau nak gayakan.kau orang pin situ,pin sini,lilit atas kepala,kemaskan,dan terus siap.Ni shawl Halfmoon biasa,bukan instant shawl.Sengaja maklumkan takut ramai yang salah anggap.

Facebook :In'syaf Exclusive

         Intagram   :In'syaf Exclusive     

        Whatsapp :0111-9798362                   

Berapa harga?Harga sangat berpatutan okay.Just RM29.00 sahaja tidak termasuk postage.Kalau you alzzz yang student atau baru start kerja,memang harga ni tidak terbeban.Mampu milik okay.





                                           

                                   kod :  SHQ 101

Shawl Halfmoon ni gabungan dua warna.Kalau pandai mix and match dengan pakaian.hasilnya memang sangat gempak.Itew pun rasa nak nangis sebab cantik sangat.Pakai pergi ke kelas,kenduri,dan jadikan sebagai pemakaian harian sangat sesuai sebab simple dan jimat masa nak bersiap.



                                     Kod :SHQ 102

                                    Harga:RM29.00


                                            Kod:SHQ 103

     Ni colour yang menjadi favourite ramai.Cantikkan..Yang model pakai tu saiz M..Mereka yang ketinggian 159 cm ke atas,opps sorry,tak suggest okay pakai saiz M.Nanti kecik dan tak sesuai.


                                       Kod: SHQ 104

Kau orang tak payah risau pasal saiz.In'syaf Exclusive menyediakan saiz yang menutup aurat.Kebanyakan semua labuh-labuh asalkan pandai ukur di badan sendiri.Kalau kau orang jenis saiz L,janganlah pakai saiz M.Nanti shawl tu jadi pendek dan kecik.Ingat pesanan aku tau.



Kod:SHQ 105


Kod :SHQ 106

Cantik material chiffon.Alunan dan kelembutan material chiffon memang tak boleh dipertikaikan lagi.

In'syaf Exlusive beroperasi 100% online.Shopping dengan jari-jemari je tau.Tak payahlah you allzzz nak bersesak-sesak kat jalan raya atau cari parking kereta.Pakai je kain batik baju t-shirt sambil makan keropok pun dah boleh shopping.

Macam mana nak order?

Kau orang whatsapp 0111-9798362

Bagi no kod shawl tau..

Jangan lupa follow Intagram In'syaf
Intagram  :In'syaf Exclusive

Happy shopping guys!!!

Thanks for reading





Tuesday, 6 January 2015

Hala Tuju selepas ini

Assalamualaikum..

Hai semua ..


Bertemu lagi kita dalam entry pertama untuk 2015.Selamat tinggal 2014.Segala pahit manis sepanjang tahun 2014 biarlah ianya menjadi pengajaran kita pada masa hadapan ya.Jom kita realisasikan matlamat 2015 pulak.


Aku dah berada di semester akhir dah.Orang kata semeter akhir ibarat sudah melepasi gelombang arus,petir kilat sepanjang 5 semester.Semester akhir sebagai pelajar diploma Politeknik Kota Bharu dengan umur 21 tahun untuk 2015.Highlight sikit umur 21 tahun tu.Tak ke ianya merupakan angka yang sangat merisaukan.Ohw,aku tidak boleh terima hakikat umur dah meningkat tanpa ada apa-apa perubahan.Pejam mata..pejam mata rapat-rapat.


Perkara yang paling merisaukan aku untuk menjadi graduan Politeknik adalah peluang pekerjaan dan pendidikan.Kau orang tahu tak,kebanyakan kekawan aku semua target nak cari kerja makan gaji.Dengan kata lain nak kerja kerajaan dengan gaji bulanan.Ada juga yang nak sambung peringkat degree.Adakah ianya satu petanda baik untuk kekawan aku dalam mengejar impian mereka?Jeng..jeng..Aku bukan ahli nujum,tapi aku sendiri pun tidak pernah mengharapkan peluang pekerjaan diluar sana.Just nak cari pengalaman boleh,tetapi menghabiskan separuh usia dengan makan gaji hanya akan merisikokan diri sendiri.Peluang sambung belajar,aku bergantung kepada rezeki dan usahalah.Kalau ada rezeki sambung belajar,aku teruskan.Kalau tak ada rezeki,aku tak menangis kut.hahaaaa..



Kat Politeknik,aku ambik jurusan Pengajian Perniagaan.Ambik sebab minat okay,tak maenlah konsep kena paksa-paksa ni.So,2015 ni aku ingat nak start buat jenama dan label tudung dan pakaian sendiri.Aku dan bosan dah jadi dropship ni tau.Sudah tiba masanya bina perancangan,idea,dan business sendiri.


Bercakap mengenai perniagaan ni kan.Ada seseorang yang membuatkan aku sedikit kagum.Siapakah itu?




Siapa kenal dengan Scha Miey Miey?dia ni pengasas BVRC okay.Produk yang tengah meletup-meletup sekarang tu.Aku tak pernah guna,just dengan citer orang je.hahaaa..Percaya tak,walaupun Mimiey ni satu politeknik dan satu jabatan dengan aku,tapi aku tak pernah berjumpa dia face to face start sem 1 hinggalah ke hari ni.Aku banyak dengar citer dia daripada kekawan dan lecturer aku je.Kekadang aku pergi stalker dia punya FB.Dia ambik jurusan Marketing,aku pulak Business Studies.Terdapat perbezaan di situ.






Miey Miey ni boleh dikatakan antara bakal jutawan muda.Muda-muda lagi dah pandai cari wang.Pakej lengkap dia tau.Dah lah cantik,educated,kaya pulak tu.Yang paling penting Miey Miey dah kahwin dan ada anak sorang.Apa pun,aku bangga dengan kesungguhan dan kegigihan dia dalam business.Berjaya dalam usia muda??sape tak nak.Jom ramai-ramai jadi macam Miey Miey.


Page BVRC: https://www.facebook.com/BelleVousSolutions?ref=ts&fref=ts


Membangunkan perniagaan dan berubah ke arah kebaikan adalah matlamat dan hala tuju aku untuk tahun ni.Insya Allah..Semua orang berpotensi untuk berjaya.





AKu tak tahu bila pulak ada masa nak update blog.Aku tak berapa nak rajin ngat tau.Kadang-kadang aku punya password pun terlupa.Teruk tak teruknya aku kan.


By the way..apa pulak matlamat dan hala tuju kau orang eah?kalau dah singgah kat blog aku tu,jangan lupa share matlamat dan hala tuju memasing.Letak sekali link blog tu.Barulah aku boleh skodeng korang punya blog pulak.mueheeeee..