Tuesday 3 November 2015

BERHUTANG

Assalamualaikum

hai semua


Siapa kat sini yang berhutang macam aku?Okay,kita geng sebab aku punya PTPTN tidak dilunaskan lagi.hahaaaaa. Tak kiralah berhutang dengan ibu bapa,saudara mara,rakan-rakan,atau pinjaman PTPTN, dan MARA semua tu perlu dibayar. Kalau tak tunggulah bayar di akhirat kelak. Fuhh,tetiba aku jadi takut sebab sejak habis belajar hari tu,aku memang tak bayar satu sen pun lagi pinjaman aku. Yap ampun,nak pinjam mudah je tapi nak bayar balik tu bukan main susah lagi.

Tu bab berhutang dengan PTPTN. Berhutang dengan saudara mara dan     kawan-kawan seringgit dua tu nampak kecik je,tapi kesan dia memang besar kalau empunya diri tak halalkan. Aku pun termasuk kategori manusia pelupa jugak. Ye lah seringgit dua je pun,bukan boleh beli mercedes dengan duit tu. Okay ayat tak boleh blah. Untuk mengelakkan menanggung dosa berhutang,masa last semester hari tu aku kerap jugak tanya kawan-kawan rapat aku. Kalau ada hutang terus bayar,kalau tak ada terus keluar dengan muka yang tidak ada perasaan.hahaaaa. Percaya uaoolzzzz,aku jenis yang susah nak berhutang kalau tak ada kes-kes kecemasan. Macam hari tu,purse aku hilang,so kena buat muka tak malu pinjam duit kawan-kawan.heheeee. So,mulai hari ini,sila titikberatkan hutang-hutang kita ya.


      "Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat mulia disebabkan hutangnya sehinggalah hutang itu dijelaskan"

Please,jangan amalkan sikap berhutang. Sekali kita ajar diri kita berhutang,lama-lama akan menjadi satu tabiat. Berhutang ni bukan sahaja melibatkan urusan dunia,tapi mejadi beban di akhirat nanti. Kau nak ke serahkan pahala kau secara percuma dengan pemberi pinjam. Mestilah tak nak kan. So mulai sekarang,segera selesaikan hutang-hutang kita mengikut kemampuan. Kebanyakan ramai yang buat pinjaman dengan institusi kewangan,tapi tak nak bayar balik walaupun dah kerja. Tak mampu weh nak bayar secara cash,tapi sekurang-kurangnya niatlah yang kita nak jelaskan hutang tu sebelum mati.

Ingatlah sebelum terlambat. Kalau ada hutang yang belum di tuntut,tuntutlah sebelum kita mati. Kalau mati,tuntutlah dengan waris-waris. Kalau tak nak tuntut,halal dan ikhlaskan sahaja.


Okay,..thanks for reading