Thursday, 9 July 2015

LURIMA TRAVEL

Assalamualaikum


Korang pernah tak stalker LURIMA TRAVEL punya Intagram dan facebook dio orang. Hisy ruginya uoalzz. Aku hari-hari pergi stalk insta dan fb dio orang semata-mata nak tahu update terkini daripada dio orang. Untuk pengetahuan korang,LURIMA TRAVEl ni adalah agent perlancongan ke korea dan jepun. Aku dah lama berangan nak pergi korea,so bila tengok gambar permadangan di korea ia bagaikan heaven untuk aku.hahaa. Lagipun gambar-gambar yang LURIMA TRAVEL update semuanya lelawa. Rasa nak nangis kat bucu katil je sebab terlalu cantik.

LURIMA TRAVEL ni bagus tau. Walaupun aku ni tak pernah pergi ke korea,tapi bila follow IG dio orang,banyak benda yang aku tahu pasal korea ni. Dia orang punya pengetahuan memang tinggi. Selalu je update pasal makanan korea,budaya,bahasa,dan tempat-tempat menarik di korea. Best giler kan. 


Jom layan gambar-gambar daripada LURIMA TRAVEL yang memang awesome.








sape plan nak pergi Korea tahun ni..Nak enjoy dan private travel dengan family kita je,cubalah pakej yang LURIMA TRAVEL tawarkan. Plan dan book flight awal-awal..hehe..macam aku pulak yang excited nak pergi kan.





                                                        Nak macam ni jugak..jeles..jeles..


           Kalau nak tahu lebih details mengenai harga dan pakej. Kena berhubung terus dengan dio orang ya. 



 

   

Percutian yang menarik hanya di LURIMA TRAVEL..



                             Jom follow LURIMA TRAVEL sekarang

                           Facebook  :LURIMA TRAVEL
                           Intagram : @Lurima Travel

Okay that's all.. thanks for reading guys..


Wednesday, 8 July 2015

My Life now....

Assalamualaikum

Perasan tak uoalzzz blog ni seolah-olah sudah meninggalkan masa silamnya macam tu je kan. Langsung tak ada entry dan update terbaru.hahaa..Ucapan salam ramadhan pun langsung tak wish kat blog ni. Tahun ni fulltime puasa dan sahur dengan family. Zaman puasa dan sahur yang riuh dengan kekawan semua sudah ditinggalkan sejak 2 bulan yang lalu. Bunyi macam sedih je kan. 

Hampir 2 bulan meninggalkan pengajian di Politeknik,ianya mengubah 100 % aktiviti dan rutin harian aku. Tak ada lagi buku-buku dan assignment yang memeningkan kepala. Tiada lagi test,kuiz atau final exam yang bagaikan serangan strok untuk we allzz. Hampir 3 tahun menimba ilmu dalam jurusan business studies ternyata merupakan kenangan manis untuk aku. Walaupun hanya di Politeknik,tetapi di situlah bermulanya pendedahan ilmu mengenai perniagaan. Insya Allah,ilmu itu akan digunakan untuk handle company sendiri suatu hari nanti.

Kalau dulu bangun pagi-pagi sibuk nak pergi kelas,tetapi sekarang tanggungjawab seorang pelajar sudah beralih kepada tugas sebagai pekerja. Masuk ni sudah hampir sebulan aku memegang jawatan salegirl di kedai tudung.hahaa..orang lain sibuk mintak kerja office,aku pulak sibuk duk mintak kerja kat kedai-kedai biasa..Salegirl pulak tu.hahahaa..Siyesly,bekerja jauh lebih penat daripada belajar. Susah nak dapat cuti. Nak rehat pun terkejar-kejar dan kadang-kadang langsung tak sempat. Nak dekat raya ni lagilah,orang makin ramai. Kerja makin bertambah. Macam-macam gelagat aku dapat tengok. Orang ni suka yang macam mana,orang ni pula jenis minat yang mana eah. See,kat situ aku boleh dapatkan idea untuk business aku. Bekerja sambil mengkaji.hehee..Pahtu aku siap berangan yang kedai tu aku yang punya. berangan itu free dan ternyata ia adalah benar.hahaa


Dapat boss yang baik dan persekitaran kerja pun okay. Customers pun memang baik giler. Aku siap ajak customer berbual-bual lagi..hehee. So,setakat ni aku rasa puas hati dengan kerja aku walaupun hanya sebagai salegirl. Orang cakap pengalaman lebih mahal daripada wang ringgit. Kepuasan diri dan hati jauh lebih penting. Gaji satu juta tapi hati tak tenang tak boleh jadi jugak kan. Kerja salegirl ni tak lama pun,maybe lepas raya nanti aku berhenti lah kut. Plan sesorang.hahaaa



                                                                   my best friend

Itu adalah serba sedikit mengenai kehidupan aku selepas tamat belajar. Banyak lagi nak citer..tapi next entry okay.

SALAM RAMADHAN SEMUA...Selamat Beribadah dan mengejar malam LAILATUL QADAR..

Thanks for reading...really appreciate!!!