Friday 27 March 2015

Struggle for final exam

Assalamualaikum.

Hai ..hai..hai..hai…

Motif apa yang letak banyak sangat hai tu.Saja nak menunjukkan betapa friendly nya aku dalam dunia penulisan.hahaaaa

Pejam celik,pejam celik dan kadang-kadang tak terpejam rasanya sebab risau duk pikir pasal exam. Lagi seminggu you allzzz,I nak exam.Dalam banyak exam,exam di semester akhir ni lah yang paling banyak cabaran. Masing-masing nak buat yang terbaik untuk last semester ni. Subjek untuk taraf politeknik tak adalah segempak dan sesusah kat Universiti,tapi bila namanya EXAM memang cabaran dan kesukarannya tetap ada.

Masa final exam ni,tidur pun tak lena.Makan sekarang pun ala kadar je sebab malas sangat nak masak. Kalau tengok kat rumah aku,memang tak nampak macam rumah dah. Semuanya bersepah dengan nota-nota dan buku. Setiap housemate ambik sudut dan ruangan masing-masing untuk study kecuali dapur dan tandas.kih..kih..Aku pulak lebih suka study dalam bilik, Lebih privacy sikit tapi tak tahan kalau tengok katil. Mulalah mata ni nak mengada-ngada. Ubat yang paling mujarat time exam ni adalah NESCAFE. Ya itulah aku,setiap kali exam.Wajib minum NESCAFE untuk tahan mata daripada mengantuk. Lepas tu sedapkan hati,tak apa aku minum jarang-jarang je. Tak bahaya sangat.hehe..

Aku ingat lagi masa semester lepas. Disebabkan aku rasa berada dalam zon yang sangat selesa. Aku ambik risiko study last minute. Subjek teori dan fakta pulak tu. Esok nak exam,malam ni baru aku struggle bukak buku. Sanggup semalaman aku tak tidur semata-mata nak back up semua bab yang aku belum sudy. Akhirnya,tepat jam 6:00 pagi,kepala rasa pening yang teramat sangat. Exam mula pukul 8 pagi,pukul 7 aku tidur kejap. Bangun tidur je, apa yang aku study semalam.Apa yang aku baca semalam. Semuanya kelihatan kabur dan nervous giler. Nak nangis sebab takut repeat,tapi aku tak repeat pun paper tu. Nasib masih menyebelahi aku. Dalam dewan tu,terus goreng ayat yang paling gempat meletup kebabooomm. Balik rumah,nangis dengan penuh penyesalan sebab terlalu leka dan main-main. So,semester ni,tak nak dah benda macam ni berlaku. 



     Ni classmate aku..Yang kat belakang tudung warna purple itu adalah aku..Aik semuanya gegirllsss.Mana yang laki?opps laki haruslah jadi cameraman kita orang..yo dop?hahahaa




          Done presentation..Sekarang dah boleh senyum dengan gembiranya. Tapi tak gembira,sebab final exam sedang menanti.
       






      Wah!!segaknya kami..ehem..ehem..Terserlah gaya korporat kita orang..Blazer bau kedai lagi okay.Sanggup pergi cari blazer semata-mata untuk present.Yang mahal yang bundle pun kami sapu habis.hahahahhaaaaa

      Lastly,wish good luck to me. Sesiapa yang exam sama dengan aku,selamat berjuang you allzzzz..

       doa,usaha,iktiar,dan tawakal...

       Semoga Allah SWT memberi hati yang tenang dan kesihatan yang baik.Aamin...

Thanks for reading!!!



1 comment: