Tuesday 17 March 2015

This is my girlfiriends

Assalamualaikum..

Bulan ni adalah bulan yang paling sibuk.Sibuk dengan test,kuiz,assignment yang berlambak macam tak ada kesudahan.Bila-bila masa sahaja 7 April 2015 akan muncul.Yap,final exam dah nak dekat.Viva untuk projek akhir pun akan dibentang pada 26 Mac ni..hah,aku pulak masih terkial-kial nak siapkan report dan slide.Nota aku pulak masih berterabur.Yang tu tak ready,yang ni tak ready.Macam mana aku nak exam ni.

Tak sesabar nak tunggu lecturer habiskan semua topic pengajian.heheee.Kebanyakan subjek dah habis topic.Yang tinggal sekarang cuma finance dan Investement yang masih ada satu bab lagi..heheee.

Entry kali ni aku nak memperkenalkan girlfriends aku yang paling annoying..hahaaa..Ya dio orang memang annoying sebab selalu je buat aku gelak dan dio orang jugak tempat aku cari gaduh..Patutkah dipanggil annoying?hahaaaa..Aku pulak jenis manusia yang tak boleh hidup tanpa kawan.Wajib ada kawan untuk menemani aku dan menjadi planner untuk setiap kerja giler aku.Aku  jugak perlukan kawan untuk dijadikan tempat aku melepaskan amarah dan tekanan..hahahaaa.





               nyum..nyum..Chim Chum time..Sempat lagi pergi ke Food Village semata-mata nak makan benda ni..Puas hati,tak rugi aku merengek dengan dio orang nak pergi ke sini.hahaaaa.. 

Sesiapa yang teringin nak makan seafood,pergilah makan kat sini.Area PC,kelantan.Harga berpatutan je tau.RM23.00 je seorang.






           

          Ni dua orang girlfriends aka housemate..Dio orang adalah antara kawan yang aku rapat.Memang perangai giler-gile macam aku jugak.Kalau orang tak kenal aku,mesti cakap aku ni sombong dan pendiam.Tapi percayalah you alllzz,berkawan dengan aku memang boleh buat korang happy..kah..kah..perasan.

          Actually kenal dio orang baru je lagi.Hampir setahun kenal,tapi kita orang memang rapat sebab sekepala.Kalau dah jumpa yang serasi,kejap je boleh rapat.Aku jenis yang bising tau,so,perlukan kawan yang selalu talk.,talk..talk dengan aku.Barulah hidup tak kesunyian..

        Kedua-duanya mempuanyai personaliti dan behaviour yang sangat berbeza.Cohtohnya Mek Ngoh,mek ngoh merupakan manusia yang sangat menepati masa.Pergi kelas wajib awal daripada orang lain.Sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara tapi agak kalut dalam menyelesaikan masalah.hahaa

       Arie pulak jenis yang selamba,tapi you allzzz arie ni jenis yang straight sikit.Kalau nak cakap dengan dia,jangan berkias-kias.Kena cakap staright to the point.Arie jugak jenis manusia yang pelupa.Bukti yang paling ketara adalah apabila dia baru sahaja buat password phone dia,tak kurang daripada 5 minit.Dia dah tak ingat dah password tu.Bahaya tau dengan dia ni.Jangan bawak dia ni pergi shopping nanti habis benda dia lupa..


          Harap dia orang tak baca blog ni,nanti tak pasal-pasal claim dengan aku..Jom sama-sama berdoa agar permintaan dimakbulkan.



    Kalau pergi makan chim chum,wajib pergi ramai-ramai..baru best.          

       Mek Ngoh.ehem..ehem..kat tengah tu titew..Kat sebelah tu        Mek Arie.

       Gambar tak lawa sebab pakai camera telefon  je..ngeh..ngeh..Abaikan je okay.





Hah,ambik gambar ni setepek


Me and Mek Ngoh (nama glamour) hahaaaaaa...Gambar ni diambil masa pergi ke KFC hari tu.Wajiblah selfie sebagai modal nak berlagak.hahaaa








Opps gambar sedikir kabur dan tak cantik..sowwy..

So korang,hargai kawan-kawan anda ya.Nak cari yang serasi yang boleh terima kekurangan dan kelemahan kita tu agak susah.Tapi Insya Allah,kalau kita ikhlas kawan.Semuanya akan jadi mudah.Jom ramaikan rakan-rakan sejantina agar ukhwah semakin teguh dan kukuh.

Thanks for reading!!!


2 comments:

  1. wah,makan kfc :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KFC adalah penyelesaian kepada masalah bab2 makanan..heheee...tq awak sudi singgah sini..

      Delete