Tuesday 6 January 2015

Hala Tuju selepas ini

Assalamualaikum..

Hai semua ..


Bertemu lagi kita dalam entry pertama untuk 2015.Selamat tinggal 2014.Segala pahit manis sepanjang tahun 2014 biarlah ianya menjadi pengajaran kita pada masa hadapan ya.Jom kita realisasikan matlamat 2015 pulak.


Aku dah berada di semester akhir dah.Orang kata semeter akhir ibarat sudah melepasi gelombang arus,petir kilat sepanjang 5 semester.Semester akhir sebagai pelajar diploma Politeknik Kota Bharu dengan umur 21 tahun untuk 2015.Highlight sikit umur 21 tahun tu.Tak ke ianya merupakan angka yang sangat merisaukan.Ohw,aku tidak boleh terima hakikat umur dah meningkat tanpa ada apa-apa perubahan.Pejam mata..pejam mata rapat-rapat.


Perkara yang paling merisaukan aku untuk menjadi graduan Politeknik adalah peluang pekerjaan dan pendidikan.Kau orang tahu tak,kebanyakan kekawan aku semua target nak cari kerja makan gaji.Dengan kata lain nak kerja kerajaan dengan gaji bulanan.Ada juga yang nak sambung peringkat degree.Adakah ianya satu petanda baik untuk kekawan aku dalam mengejar impian mereka?Jeng..jeng..Aku bukan ahli nujum,tapi aku sendiri pun tidak pernah mengharapkan peluang pekerjaan diluar sana.Just nak cari pengalaman boleh,tetapi menghabiskan separuh usia dengan makan gaji hanya akan merisikokan diri sendiri.Peluang sambung belajar,aku bergantung kepada rezeki dan usahalah.Kalau ada rezeki sambung belajar,aku teruskan.Kalau tak ada rezeki,aku tak menangis kut.hahaaaa..



Kat Politeknik,aku ambik jurusan Pengajian Perniagaan.Ambik sebab minat okay,tak maenlah konsep kena paksa-paksa ni.So,2015 ni aku ingat nak start buat jenama dan label tudung dan pakaian sendiri.Aku dan bosan dah jadi dropship ni tau.Sudah tiba masanya bina perancangan,idea,dan business sendiri.


Bercakap mengenai perniagaan ni kan.Ada seseorang yang membuatkan aku sedikit kagum.Siapakah itu?




Siapa kenal dengan Scha Miey Miey?dia ni pengasas BVRC okay.Produk yang tengah meletup-meletup sekarang tu.Aku tak pernah guna,just dengan citer orang je.hahaaa..Percaya tak,walaupun Mimiey ni satu politeknik dan satu jabatan dengan aku,tapi aku tak pernah berjumpa dia face to face start sem 1 hinggalah ke hari ni.Aku banyak dengar citer dia daripada kekawan dan lecturer aku je.Kekadang aku pergi stalker dia punya FB.Dia ambik jurusan Marketing,aku pulak Business Studies.Terdapat perbezaan di situ.






Miey Miey ni boleh dikatakan antara bakal jutawan muda.Muda-muda lagi dah pandai cari wang.Pakej lengkap dia tau.Dah lah cantik,educated,kaya pulak tu.Yang paling penting Miey Miey dah kahwin dan ada anak sorang.Apa pun,aku bangga dengan kesungguhan dan kegigihan dia dalam business.Berjaya dalam usia muda??sape tak nak.Jom ramai-ramai jadi macam Miey Miey.


Page BVRC: https://www.facebook.com/BelleVousSolutions?ref=ts&fref=ts


Membangunkan perniagaan dan berubah ke arah kebaikan adalah matlamat dan hala tuju aku untuk tahun ni.Insya Allah..Semua orang berpotensi untuk berjaya.





AKu tak tahu bila pulak ada masa nak update blog.Aku tak berapa nak rajin ngat tau.Kadang-kadang aku punya password pun terlupa.Teruk tak teruknya aku kan.


By the way..apa pulak matlamat dan hala tuju kau orang eah?kalau dah singgah kat blog aku tu,jangan lupa share matlamat dan hala tuju memasing.Letak sekali link blog tu.Barulah aku boleh skodeng korang punya blog pulak.mueheeeee..


1 comment:

  1. Singgah baca dan follow sini sambil klik nuff
    Jom ke http://cikcandysour.blogspot.com

    ReplyDelete