Wednesday, 27 August 2014

Pentingnya Resume Kerja

Assalamualaikum...
Hai semua..

        Hari ahad 25 August 2014 aku ada interview tau.Maksud aku bukan interview yang sebenar,tapi olok-olok.Eh,boleh pulak interview olok-olok.oh abaikan kata-kata aku.Interview ni adalah salah satu assignment aku untuk semester ni.Al maklumlah,aku kan dah hampir ke semester akhir.Insya Allah,next year,aku akan tamat diploma di Politeknik.So,sebab tu Politeknik bertanggungjawab untuk train we allz ni ke arah alam pekerjaan gitu.


       So,hari ahad yang lepas.Aku telah selesaikan assignment aku,So,perasaan takut serta gemuruh telah hilang dengan serta merta.Actually,masa interview hari tu ia telah menjadi mimpi ngeri untuk beberapa classmate aku termasuk aku.Tapi aku control lagi seolah-olah aku sedang menghadapi interview real.hahaaa..Alhamdulillah,aku dapat kekuatan daripada mana pun entah.Tetiba jadi begitu confident nak speaking bi padahal my english isn't very good.Ohw my english.Lastly,lecturer puji aku punya confident.Fuyoo,lagaknya lain sikit kena puji.Rasa macam lecturer sudah meletakkan kita pada satu tahap iaitu keyakinan.Tak semua orang ada keyakinan termasuk aku,tapi aku cuba jadi diri sendiri.Dalam confident tu kan,fuh,sempat lagi madam Sue konyok aku punya cover letter.Yup,mahal kut saya print kertas tu puan.Cakap dalam hati je.Kenapa di jadikan begitu cover letterku..huhu..

      Madam Sue pun cakap.Nasib baik awak bukan student saya.Yes,Madam Sue just pemantau sahaja dan dia bagi kita orang big surprise dengan kemunculannya yang tetiba.Kalau awak ni student saya,saya akan konyok kertas awak macam ni.Memang dia dah belasah habis dah pun aku punya cover letter.Sebab apa?sebab aku lupa nak sign kat cover letter.Gila kan,nak mintak kerja tapi benda yang penting macam tu tak ingat.Tapi dia just tegur sahaja dan bukan marah-marah.So,lepas ni aku kena berhati-hatilah lepas ni.Aku ambik ia sebagai sesuatu yang positif.


        Bercakap mengenai interview kerja ni kan.Perkara pertama yang harus ditiitkberatkan adalah resume.Ya,resume kerja atau nama lainnya adalah CV (Curriculum Vitae).Pasal resume ni lah,aku jadi kelam kabut sikit minggu ni.Padan muka aku,kalau sebelum ni aku just edit dan copy yang orang lain punya.Tapi kali ni,kena buat real macam aku betul-betul nak pergi interview kerja.Tak boleh dah copy paste macam dulu lagi dah.huhu..


       Resume ni sangat penting sebab dalam rsume ni lah kita seolah-olah nak promote diri sendiri.Kena bagitahu personal details,strength and skills,education,work experience dan lain-lain.Kena kemas dan nampak profesional.Nampak macam mudah je kan,tapi yang mudah tu kadang-kadang menjerat diri tau.So,bagi mereka yang job seeker tu kan,be alert pasal ni.pesanan untuk diri aku yang mentah lagi.


Apa yang perlu ada dalam resume


Gambar.
Gambar salah satu perkara wajb yang perlu ada dalam resume.Gambar berukuran pasport ya bukan gambar yang besar macam dalam album.Gambar selfie yang muncung pelbagai gaya tu pun tak nak jugak.Ni bukan pertandingan model atau photoshoot.Tak Kalau ya pun nak promote diri,jangan sampai terlebih pulak..hahahaa.



                             Ngeh..ngeh..Ohw..jangan tiru aksi ini untuk diletakkan dalam resume anda.Amaran keras!!!Jangan malukan diri anda.


Personal Details
Personal details ni just bagitahu latar belakang dan maklumat diri sendiri sahaja.Tak perlulah nak tulis maklumat ayah,ibu,datuk,nenek,adik-beradik semua tu.Just yourself okay.Kalau pasal diri sendiri perlulah ada nama penuh,alamat rumah,alamat e-mail,tarikh lahir,status,no telefon,warganaegara,dan sebagainya.Pepandailah bawak diri ya.Kan dah educated.Aku just bagitahu ringkas je.


Work Experience
Jika ada sebarang pengalamn kerja.Senaraikan dan huraikan dalam resume.Lebih eloklah kalau kau orang tulis dalam bentuk ayat.Nampak profesional sikit.

Maklumat Akademik
Selain personal details,maklumat aademik perluu diletakkan.Barulah company ni tahu kita graduate daripada mana.Dalam maklumat akademik ni jugak,kita perlu letakkan nama sekolah menengah,tarikh tamat sekolah,keputusan exam,dan institusi pengajian tinggi.

Kekuatan dan Kemahiran

Yang ni bagi peluang untuk kita tulis mengenai kelebihan dan kekuatan kita.Kalau fasih bahasa mandarin,korea ke,hah kau tulis dalam tu.Biar bagi mantap resume tu..kah.kah..okay siyes,masa nak menulis kekuatan dan kemahiran diri.Tulislah dengan sejujur dan seikhlas hati.Alah,kata educated,tak kan tak tahu kut skills apa yang kau orang ada.
     Apa-apa penghargaan yang pernah kau orang dapat,bolehlah bagitahu kat resume tu.

Rujukan

      Setelah habis menulis semua isi kandungan yang penting.So lastly,perlulah tulis rujukan.Orang yang hendak ditulis namanya sebagai rujukan tu perlulah diberitahu terlebih dahulu agar orang tu tidak terkial-kial apabila mendapat sebarang panggilan daripada company.Hah,mudah je kan.Kalau boleh,buatlah 2 orang sebagai rujukan.Tak kesahlah lecturer ke,bekas majikan ke,it's up to you okay.


Itu serba sedikit mengenai resume.Actually banyak lagi tip-tip untuk menulis resume,tapi aku juat bagitahu yang ringkas dan basic sahaja.


So,sesiapa yang job seekers tu,selamat berjuang u allzzzz.Semoga berjaya dalam interview ya.Jadi diri sendiri adalah lebih baik.Confident dan eye contact tu sangatlah penting

Jumpa lagi dalam entry lain..






2 comments:

  1. Betul tuh dik.. resume first impression.. lepas tuh interview pun pulak.. setiap fasa adalah penting.. salam kenal.. akak ade citer tips utk temuduga di blog.. jemput baca.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Resume adalah ibarat pengganti diri.. resume yang menentukan kita dipanggil interview atau pun tidak..bw kesini.. salam kenal

    ReplyDelete