Wednesday, 27 August 2014

Pentingnya Resume Kerja

Assalamualaikum...
Hai semua..

        Hari ahad 25 August 2014 aku ada interview tau.Maksud aku bukan interview yang sebenar,tapi olok-olok.Eh,boleh pulak interview olok-olok.oh abaikan kata-kata aku.Interview ni adalah salah satu assignment aku untuk semester ni.Al maklumlah,aku kan dah hampir ke semester akhir.Insya Allah,next year,aku akan tamat diploma di Politeknik.So,sebab tu Politeknik bertanggungjawab untuk train we allz ni ke arah alam pekerjaan gitu.


       So,hari ahad yang lepas.Aku telah selesaikan assignment aku,So,perasaan takut serta gemuruh telah hilang dengan serta merta.Actually,masa interview hari tu ia telah menjadi mimpi ngeri untuk beberapa classmate aku termasuk aku.Tapi aku control lagi seolah-olah aku sedang menghadapi interview real.hahaaa..Alhamdulillah,aku dapat kekuatan daripada mana pun entah.Tetiba jadi begitu confident nak speaking bi padahal my english isn't very good.Ohw my english.Lastly,lecturer puji aku punya confident.Fuyoo,lagaknya lain sikit kena puji.Rasa macam lecturer sudah meletakkan kita pada satu tahap iaitu keyakinan.Tak semua orang ada keyakinan termasuk aku,tapi aku cuba jadi diri sendiri.Dalam confident tu kan,fuh,sempat lagi madam Sue konyok aku punya cover letter.Yup,mahal kut saya print kertas tu puan.Cakap dalam hati je.Kenapa di jadikan begitu cover letterku..huhu..

      Madam Sue pun cakap.Nasib baik awak bukan student saya.Yes,Madam Sue just pemantau sahaja dan dia bagi kita orang big surprise dengan kemunculannya yang tetiba.Kalau awak ni student saya,saya akan konyok kertas awak macam ni.Memang dia dah belasah habis dah pun aku punya cover letter.Sebab apa?sebab aku lupa nak sign kat cover letter.Gila kan,nak mintak kerja tapi benda yang penting macam tu tak ingat.Tapi dia just tegur sahaja dan bukan marah-marah.So,lepas ni aku kena berhati-hatilah lepas ni.Aku ambik ia sebagai sesuatu yang positif.


        Bercakap mengenai interview kerja ni kan.Perkara pertama yang harus ditiitkberatkan adalah resume.Ya,resume kerja atau nama lainnya adalah CV (Curriculum Vitae).Pasal resume ni lah,aku jadi kelam kabut sikit minggu ni.Padan muka aku,kalau sebelum ni aku just edit dan copy yang orang lain punya.Tapi kali ni,kena buat real macam aku betul-betul nak pergi interview kerja.Tak boleh dah copy paste macam dulu lagi dah.huhu..


       Resume ni sangat penting sebab dalam rsume ni lah kita seolah-olah nak promote diri sendiri.Kena bagitahu personal details,strength and skills,education,work experience dan lain-lain.Kena kemas dan nampak profesional.Nampak macam mudah je kan,tapi yang mudah tu kadang-kadang menjerat diri tau.So,bagi mereka yang job seeker tu kan,be alert pasal ni.pesanan untuk diri aku yang mentah lagi.


Apa yang perlu ada dalam resume


Gambar.
Gambar salah satu perkara wajb yang perlu ada dalam resume.Gambar berukuran pasport ya bukan gambar yang besar macam dalam album.Gambar selfie yang muncung pelbagai gaya tu pun tak nak jugak.Ni bukan pertandingan model atau photoshoot.Tak Kalau ya pun nak promote diri,jangan sampai terlebih pulak..hahahaa.



                             Ngeh..ngeh..Ohw..jangan tiru aksi ini untuk diletakkan dalam resume anda.Amaran keras!!!Jangan malukan diri anda.


Personal Details
Personal details ni just bagitahu latar belakang dan maklumat diri sendiri sahaja.Tak perlulah nak tulis maklumat ayah,ibu,datuk,nenek,adik-beradik semua tu.Just yourself okay.Kalau pasal diri sendiri perlulah ada nama penuh,alamat rumah,alamat e-mail,tarikh lahir,status,no telefon,warganaegara,dan sebagainya.Pepandailah bawak diri ya.Kan dah educated.Aku just bagitahu ringkas je.


Work Experience
Jika ada sebarang pengalamn kerja.Senaraikan dan huraikan dalam resume.Lebih eloklah kalau kau orang tulis dalam bentuk ayat.Nampak profesional sikit.

Maklumat Akademik
Selain personal details,maklumat aademik perluu diletakkan.Barulah company ni tahu kita graduate daripada mana.Dalam maklumat akademik ni jugak,kita perlu letakkan nama sekolah menengah,tarikh tamat sekolah,keputusan exam,dan institusi pengajian tinggi.

Kekuatan dan Kemahiran

Yang ni bagi peluang untuk kita tulis mengenai kelebihan dan kekuatan kita.Kalau fasih bahasa mandarin,korea ke,hah kau tulis dalam tu.Biar bagi mantap resume tu..kah.kah..okay siyes,masa nak menulis kekuatan dan kemahiran diri.Tulislah dengan sejujur dan seikhlas hati.Alah,kata educated,tak kan tak tahu kut skills apa yang kau orang ada.
     Apa-apa penghargaan yang pernah kau orang dapat,bolehlah bagitahu kat resume tu.

Rujukan

      Setelah habis menulis semua isi kandungan yang penting.So lastly,perlulah tulis rujukan.Orang yang hendak ditulis namanya sebagai rujukan tu perlulah diberitahu terlebih dahulu agar orang tu tidak terkial-kial apabila mendapat sebarang panggilan daripada company.Hah,mudah je kan.Kalau boleh,buatlah 2 orang sebagai rujukan.Tak kesahlah lecturer ke,bekas majikan ke,it's up to you okay.


Itu serba sedikit mengenai resume.Actually banyak lagi tip-tip untuk menulis resume,tapi aku juat bagitahu yang ringkas dan basic sahaja.


So,sesiapa yang job seekers tu,selamat berjuang u allzzzz.Semoga berjaya dalam interview ya.Jadi diri sendiri adalah lebih baik.Confident dan eye contact tu sangatlah penting

Jumpa lagi dalam entry lain..






Tuesday, 12 August 2014

Mulianya Kau Tong Sampah



Assalamualaikum

        Ada sesiapa kat sini yang tak kenal tong sampah?Kalau tak kenal tong sampah,meh sini aku hempuk atas dahi tu.Hari ni aku dengan baik hatinya akan beritahu serba sedikit mengenai tong sampah.Benda yang banyak berjasa u allzzz.Kenalah war-warkan gitu.


        Kalau cakap pasal tong sampah kan.Mesti dah terbayang dah dengan
baunya,kotor,dan jijik.Tiada siapa pun yang nak jadi macam tong sampah.Luarannya memang macam tu,tapi tong sampah ni sangat mulia u allzzz.Tanpa tong sampah,agak-agaknya apa akan jadi kat persekitaran kita?ohw,I tak boleh bayangkan.Terlalu sadis dan menyedihkan.huhuuu..

         Dalam tong sampah biasanya kita akan isinya dengan benda-benda yang kotor.Fungsinya memang macam tu.So,macam biasalah.Benda-benda yang kotor ni sangat rendah nilainya di sisi manusia.Penilaian manusia memang macam tu,nak yang cantik dan bersih suci murni.Sedap mata memandanglah kekononnya.






        Kesiannya kau tong sampah..asyik tersorok je kan.Jauh daripada mata masyarakat.Aku tak dapat tolong kau dalam hal ni sebab aku sendiri yang sentiasa penuhkan perut kau tau.

Personaliti Seperti Tong Sampah?

    Ada sesiapa yang termasuk kategori tong sampah?Pernah tak orang gelar anda sampah masyarakat?Selalu terpinggir dan tidak dihiraukan.Buat sesuatu selalu je diejek.gugup dan hampir tersedak aku nak menyebutnya.sensitif tau kalau orang samakan kita dengan tong sampah.Rasa macam nak koyakkan je mulut dia lepas tu staplerkan bibir dia.Ya,banggalah dengan diri sendiri.Maybe orang lain pandang hina,tetapi darjatnya tinggi disisi Allah SWT.Hina dan rendah dimata manusia tak semstinya hina di mata Allah SWT.




       Kita berpeluang untuk menjadi yang lebih baik.Yang penting jauhkan diri daripada menjadi sampah masyarakat.

        Satu lagi,aku nak ingatkan.Jangan sesekali menghina pekerjaan cleaner,pemungut sampah,driver lori sampah,or whatever je lah.Jangan pandang hina dengan pekerjaan mereka tapi pandanglah dengan sesuatu yang mulia.Well,semua kerja yang beri manfaat kepada orang lain adalah kerja yang mulia..

Sama-sama menjaga persekitaran dan kebersihan.Yup,aku suka negara jepun,china,korea dan negara-negara maju yang lain sebab tempat dio orang bersih walaupun aku tak pernah pergi...hahhaaaa..


Sayangi alam sekitar kita....
That's all..thanks for reading..


Thursday, 7 August 2014

Cara pakai Tudung Labuh



Assalamualaikum

Hai semua..

      Hari ni tetiba je mood untuk share tutorial memakai tudung bawal labuh seperti shawl.Opps!!Sowwy,tutorial ni bukan daripada aku eah.Aku tak pandai nak buat tutorial.Terjah yang orang lain punya aku pandailah.Lagipun sekarang aku tengah berjinak-jinak memakai shawl.Nampak sangat aku jenis yang tak pernah pakai shawl.

       Bagi mereka yang bertudung labuh,bolehlah cuba gaya ni.Sopan dan sedap mata memandang je.Nampak macam bergaya sikit.Aku suka tengok orang pakai tudung labuh.Sopan dan terjaga je.

Okay..jom kita layan tutorial..




































               Mudah dan simple je kan..Untuk jadikan shawl macam tu,perlulah tudung labuh.Senang sikit nak berbelit-belitnya.Aurat pun terjaga.

Sumber daripada page Ruuhul Hubbi Collections..
Pergilah kat page dio orang..Memang cantik koleksi shawl labuh kat situ.
https://www.facebook.com/RuuhulHubbiCollection?fref=photo
























                          Pandangan keseluruhan..Bahagian depan dan belakang...

Simple je kan..Selamat mencuba







Sunday, 3 August 2014

Mood lepas Raya..

Assalamualaikum..

        Raya...raya,,raya,,Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..Sorry..sorry,aku lupa nak ucapkan kat blog aku sendiri.So,memang aku terlewat berganda-ganda dah ni.hahahaaa..Okay bab raya aku tak ada apa pun nak di kongsikan.Sedih tau sebab duit raya dah tak banyak macam dulu lagi.Tengok tu,matlamat raya aku dah tersasar dijalannya.

         Semalam aku dah start kuliah dah.Aku ingatkan lecturer nak batalkan kelas.Aku siap berdoa lagi mintak-mintak lecturer betul-betul batalkan kelas.Mood raya masih ada lagi.Doa aku tak dimakbulkan.Doa orang malas belajar..hahahhaa.Raya ni memang aku balas dendam.Aku langsung tak bukak buku atau buat assignment.hahahaa..padan muka kau buku,seminggu aku anak tirikan kau tau.

         Minggu ni aku busy banyak.Ada kuiz,test,assignment,dan bla..bla..bla..Tapi dalam kesibukan aku tu kan.Sempat lagi aku layan transformer semalam..ngeh..ngeh..Citer raya tak boleh tinggal u alzz.rugi..Nanti ni aku nak berubah dah.Tak nak dah leka dengan hiburan.Tak baik.Masa yang ada harus dimanfaatkan.Eh,aku bagi motivasi kat diri sendiri lah..Fuyoo!!

        AKu ada kelas Human resource pukul 2 petang.Fakta dan teori.Okay fine,bersedia untuk tahan mata..

Ahh..macam tak modal je nak tulis entry..huhu..okay..tattaaaaaaaa...

Palestin..,Be strong.


Hari ni masuk hari ke-28 bumi palestin bermandikan darah.Jeritan di segenap sudut.Bom dan serangan datang bertalu-talu bagaikan tiada penamat.Yang jadi mangsa adalah saudara islam kita.Kejam..kejam.Kejam..Itulah Israel Laknatullah..Manusia yang paling angkuh dan sombong kat atas bumi ini.





Tabahlah Saudaraku,Darjatmu tinggi disisi Allah SWT..
Bertuahnya bumi palestin sebab melahirkan ramai para syuhada dan para pejuang yang berani..





                                             
                Misi kemanusiaan ke GAZA...Tahniah Malaysia..Walaupun banyak ujian yang menimpa negara kita baru-baru ini.Bantuan ke Gaza tidak pernah dilupakan..


Dan Janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya Jika kamu orang yang beriman (Al Imran 139)