Thursday, 26 June 2014

ESP shakelee

Assalamualaikum....

Hai semua..Hari ni hari jumaat dan semestinya ia merupakan hujung minggu bagi negeri kelantan..aku penduduk tempatan tau..jangan buat tak tahu pulak eah.Rumah sewa aku sunyi je.Tinggal aku dengan Arie je kat rumah.Housemate lelain semua dah bungkus barang balik rumah.Semua orang kelantan kan.Hujung minggu macam ni semua nangis nak balik kampung.Nasib baik aku kuatkan diri walaupun hati ni meronta-ronta jugaklah nak balik.Kalau aku balik,tiada sesiapa yang nak temankan Arie pulak.So,aku mainkan peranan sebagai rakan yang baik untuk teman dia daripada duk sesorang..

         Ni aku nak citer sikit mengenai satu produk yang aku gunakan.Aku baru je guna produk ni.Masuk ni dah kali kedua dah.So,tak sampai setahun lagi aku guna.Setiap pagi,aku goncang dulu ESP punya minuman.ESP atau nama sebenarnya Energizing Soy Protein.. Best giler.Kenyang perut aku.Kau orang yang student tu,aku galakkan sangat minum ESP.Alah ESP ni rupa dia macam tepung je pun.Tak payah risau sebab dia bukan bau macam susu.Peluang untuk buat kau orang termuntah tu tipis sesangat.Cara minumnya pun mudah dan simple.Campurkan dengan minuman lain kecuali kafein dan air berkarbonat.Aku suka campurkan ESP ni dengan milo.Ada jugak aku  feeling-feeling macam minuman horclick gitu..ngeh..ngeh..


ESP ni supplement pertama yang aku ambik.Sebelum ni aku tak ambik apa-apa supplement pun untuk kulit atau badan aku.Sekarang baru aku sedar,luaran dan dalaman kenalah seimbang tanpa pilih kasih sedikit pun.melebihlah pulakkan..







Bila kau orang bukak je penutup dia..ni lah rupa yang akan keluar..kan aku dah cakap..macam tepung..

Tepung bukan sebarang tepung..Tepung putih berseri lagi diyakini..hehehee



Okay..aku tengah berlagak macam tengah promote ESP..beli..beli..jangan tak beli..


          Makanan breakfast aku sebelum pergi kuliah..Aku jenis yang kena breakfast..kalau tak aku akan mogok dalam kelas.hahahaaaaaaa..Tapi kan perasan tak yang Minuman aku dan tinggal separuh..Sorry lah,,aku minum dulu sebelum capture gambar.Aku lupa nak ambik gambar dulu..tapi tak apa lah..janji dapat tayang kat blog aku..hihi..

Aku minum ESP sekali sehari.Cukuplah tu kan.Syarat minum ESP ni mudah je.Jagnan campurkan dengan air panas.Nanti terbakar kau orang punya khasiat dan kandungan protein ESP.Minum pulak jangan lebih daripada 3 sudu.Aku dah bagitahu ni..Jangan cakap aku tak bagi nasihat pulak..




Gunalah ESP Shakelee tanpa rasa was-was..dijamin kualiti dan semestinya halal..yeay..Saya tidak pernah meraguinya..anda pulak macam mana..Fuyoo,ayat macam iklan kat TV lah..hahhaaaaa...


Tu antara produk yang aku guna..Tak lama lagi dah nak berpuasa..SO,ESP sangat membantu untuk membekalkan tenaga..

Selamat Mencuba...tatataaaaaaaaaaaaaaa



Wednesday, 25 June 2014

Hari ini hari rabu..

Assalamualaikum

      Hari ni aku hanya ada satu kelas je tau.Tu pun kelas insurans and takaful.Paling membosankan apabila tunggu lecturer dengan setianya,tapi tetiba kelas cancel.Tension i tau apabila kelas business ecthics tetiba dibatalkan.Kenapa..kenapa..kenapa jadi macam ni?kecewa i tau..hahahaaaa..padahal suka je kelas tak ada..ngeh..ngeh..

       Semester 5 ni kan,aku baru perasan yang hampir semua subjek aku berkait dengan fakta dan teori.hahahaa..2 minggu belajar baru nak perasan semua tu.teruk betul.So,aku Kena kuatkan otak dan ingatan aku untuk menghafalnya.Course Business Studies memang dah tak boleh lari dengan teori.Memang kena jugak.Sejak semester 1 hingga semester 5 memang macam tu lah sifir dia..Aku kena top up aku punya usahalah lepas ni.

      Pejam celik..pejam celik,dah tak lama dah kita nak berpuasa kan.Time puasa ni lah aku macam dalam dilema dan haru biru sikit.Mulalah housemate aku duk pikir kita nak sahur macam mana?kat luar ada orang jual makanan tak time sahur?siapa nak masak eah time berbuka?.Hah,soalan-soalan macam ni yang telinga aku asyik dengar .Semakin menjadi-jadi sekarang.3 hari lagi tu nak berpuasa.Berpuasa tanpa ibu bapa memang tekanan yang besar bagi we allzzz yang student ni.Kalau dulu aku tak pernah fkir semua tu,tapi sekarang kena fikir dah untuk kesejahteraan diri sendiri..hahaaaaaaaaaaaaaa

Okay,aku nak sambung tengok running man jap ni..jumpa lagi..jaga diri!!!











Friday, 20 June 2014

Minggu pertama di semeter 5

Assalamualaikum

        Aku dah selamat sampai ke Politeknik,kota bharu.Selepas melalui fasa kebosanan sepanjang cuti semester,akhirnya aku dengan bangganya mengistiharkan diri sudah masuk ke semester 5.Dulu mula-mula masuk poli ni,aku baru je 18 tahun.Masuk ni umur dah 20 tahun u alzz...Fuhh,macam tak percaya pulakkan aku boleh istiqamah sampai ke tahap ni..Perasan..hihi..Semalam first time tau aku  lapor diri di kelas aku setelah tamat handle program MSK.Perkataan Lapor diri tu macam nak pergi lapor diri kerja je kan.hahhaaaaaaaa..Masuk ni dah seminggu aku berada di semester 5.Aku nak citer sikit peristiwa minggu ni.

        Firstly sampai je,aku dah diuji dengan rumah sewa.Rumah sewa?Ya,aku memang pelajar yang pemalas dan tidak aktif.Sebab tu aku tidak boleh tinggal kat hostel.Padan muka aku kan.Bilik dan rumah yang aku sewa tak berapa memuaskan hati.Ya terserlah ciri-ciri manusia yang tidak bersyukur.Aku dapat bilik yang last minutes.Aku just booking melalui phone sahaja.Nasib baik tuan rumah sudi sewakan untuk aku walaupun tak selesa.Bilik kita orang tak ada tingkap atau ruang udara.Kepanasan melanda dan peluh keluar ibarat manusia yang sedang berlari 500 KM.Hati dan perasaan menahan dan jiwa rasa terdera u allzzz..Aku tidak boleh tidur dengan keadaan sebegitu,akibatnya bilik sebelah jadi mangsa untuk sambut manusia tumpangan..hehhe...Alah sementara je pun,2 hari je aku tumpang bilik tu.Lepas tu aku dan roomate pindah masuk rumah NO 2. Bodek tuan rumah supaya tukarkan bilik kita orang.Nasib baik dapat.Aku just sewa rumah di dihadapan Politeknik.Jarak tu dekatlah berbanding rumah sewa sebelum ni.So,settle sudah bab rumah sewa ni.

        Semester ni buat pertama kalinya aku kena uruskan MSK.Ya MSK atau nama panjangnya adalah Minggu Suai Kenal.4 hari aku kena uruskan pelajar baru ni.Jujur,aku bukan manusia yang aktif dengan kokurikulum.Ohw memang tak.Aku juga manusia yang tidak peka dengan keadaan di sekeliling.Jalan pun straight je tau.AKu juga tiada bakat nak handle program dan hanya layak dijadikan pengikut sahaja,bukan pemimpin.Kadang-kadang aku terlebih emotional dalam menjalankan tugas dan ianya semakin bertambah apabila orang tidak dengar apa yang aku bagitahu..hahahaaaaaaaaaa..Kesannya,pelajar junior menyampah dan meluat dengan kakak senior dio orang.Hah,kali kau orang rasa pulak apa yang kakak dan senior-senior lain pernah rasa.Seminggu je kau orang menyapah dan meluat dengan kita orang,lepas tu say good bye bebeh.hahahaaaaaaaa.

    
      
Penuh dewan Jubli Perak dengan kehadiran pelajar baru..Akak kau lupa nak ucapkan "Selamat Datang kat adik-adik junior.Jangan nakal ya dik."..adik-adiklah sangat kan..      

 Tu je serba sedikit mengenai aku untuk minggu ni..selebihnya akan di update entry seterusnya..heheeee..

Terima kasih......



       

        





Friday, 13 June 2014

Aku seorang Blogger sekarang

Assalamualaikum…

Selamat Datang Hada Suhaimi ke dunia Blogger…Yeayyyyyyy!!!Tak payah selamat datang sangatlah.Ini semua tipu dan poyoooooo..Apehal dengan aku ni..okay,biar aku berterus terang.Masuk kali ni,aku  tak tahu blog aku ni yang dah ke berapa dah.AKu ni memang manusia yang hangat-hangat tahit ayam.Kejap yang tu,kejap yang ni.Kebanyakan blog aku yang sebelum ni,sekadar buat assignment sahaja.Dah berapa kali blog yang aku bina pun entahlah...heheh..So,kali ni blog aku muncul sekali lagi..Yang ni personal blog.seriously...Harap-harap menjadilah..keh..keh..

Hada suhaimi,yes that is my nickname.Family  dan kekawan aku semua panggil aku dengan nama Hada.Mungkin ia dah sinonim dengan aku.Hada?okay,nama sebenar aku Syuhada Bt Suhaimi.simple dan pendek je nama aku.Aku rasa nama aku yang paling simple dan mudah untuk disebut dalam dunia ni.Tolong sedapkan hati aku dengan berkata ya.Aku pun tak tahu kenapa  aku punya parents bagi nama yang simple sesangat.Padahal sampai sekarang aku duk berangan ada dua nama...hahahaaaaaa..

Blog aku tak cantik macam orang lain.Aku tak pandai nak edit-edit blog.Lagipun aku tak suka blog aku padat.AKu suka yang simple je.Nanti aku nak usahakan lagi biar blog ni cantik sikit.Sekarang blog aku tak lawa lagi.Aku kan budak baru belajar.Perlahan-lahan nanti  aku cerdik ahh.
Aku tak nak tulis panjang-panjang.By the way,this is my second entry.Just a introduction.Lepas ni aku nak tulis banyak-banyak.Biar bergegar dunia blog ni.Okay fine,aku perasan lebih…

That’s all for today..

Okay..babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Tuesday, 10 June 2014

Cuti semester yang bakal berakhir

Assalamualaikum…

Aku nak masuk semester 5 dah ke?Yeay,perasaan excited sesangat sebab tinggal satu semester je lagi,aku dengan bangganya akan mengucapakan “selamat tinggal Politeknik”.Aku rasa macam tak percaya je aku sekarang akan berada di semester 5.Agak-agaknya layak dipanggil senior ke tak  eah?Macam tak layak je.Aku rasa fikiran aku ni macam budak junior yang baru masuk je.hahahhaaa..

Alhamdulillah,aku dapat menempuhi pengajian di Politeknik dengan baik tanpa repeat mana-mana paper.Tu yang penting sebenarnya.Aku tak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan,tapi yang aku tahu usaha tangga kejayaaan.


So,minggu ni kena list barang-barang yang aku kena bawak ke Politeknik terutama makanan.hahhaaa.Tak ada benda lain yang aku nak fikir..Eleh,padahal dekat je pun tempat tinggal aku dengan Poli,siap nak list-list lagi macam nak pergi belajar kat Arab Saudi pulakkan.Tak kira,nak buat jugak list.Yang paling buat aku tak berapa nak terima sesangat.Kena berpuasa kat sana.Nak nangis sebab tak boleh berpuasa dengan family.huhuhu..