Assalamualaikum
Aku
dah selamat sampai ke Politeknik,kota bharu.Selepas melalui fasa kebosanan
sepanjang cuti semester,akhirnya aku dengan bangganya mengistiharkan diri sudah
masuk ke semester 5.Dulu mula-mula masuk poli ni,aku baru je 18 tahun.Masuk ni
umur dah 20 tahun u alzz...Fuhh,macam tak percaya pulakkan aku boleh istiqamah
sampai ke tahap ni..Perasan..hihi..Semalam first time tau aku lapor diri di kelas aku setelah tamat handle program MSK.Perkataan Lapor diri tu macam nak pergi lapor diri kerja je kan.hahhaaaaaaaa..Masuk ni dah seminggu aku berada di semester 5.Aku nak citer sikit peristiwa minggu ni.
Firstly sampai je,aku dah diuji dengan rumah sewa.Rumah sewa?Ya,aku memang pelajar yang pemalas dan tidak aktif.Sebab tu aku tidak boleh tinggal kat hostel.Padan muka aku kan.Bilik dan rumah yang aku sewa tak berapa memuaskan hati.Ya terserlah ciri-ciri manusia yang tidak bersyukur.Aku dapat bilik yang last minutes.Aku just booking melalui phone sahaja.Nasib baik tuan rumah sudi sewakan untuk aku walaupun tak selesa.Bilik kita orang tak ada tingkap atau ruang udara.Kepanasan melanda dan peluh keluar ibarat manusia yang sedang berlari 500 KM.Hati dan perasaan menahan dan jiwa rasa terdera u allzzz..Aku tidak boleh tidur dengan keadaan sebegitu,akibatnya bilik sebelah jadi mangsa untuk sambut manusia tumpangan..hehhe...Alah sementara je pun,2 hari je aku tumpang bilik tu.Lepas tu aku dan roomate pindah masuk rumah NO 2. Bodek tuan rumah supaya tukarkan bilik kita orang.Nasib baik dapat.Aku just sewa rumah di dihadapan Politeknik.Jarak tu dekatlah berbanding rumah sewa sebelum ni.So,settle sudah bab rumah sewa ni.
Semester ni buat pertama kalinya aku kena uruskan MSK.Ya MSK atau nama panjangnya adalah Minggu Suai Kenal.4 hari aku kena uruskan pelajar baru ni.Jujur,aku bukan manusia yang aktif dengan kokurikulum.Ohw memang tak.Aku juga manusia yang tidak peka dengan keadaan di sekeliling.Jalan pun straight je tau.AKu juga tiada bakat nak handle program dan hanya layak dijadikan pengikut sahaja,bukan pemimpin.Kadang-kadang aku terlebih emotional dalam menjalankan tugas dan ianya semakin bertambah apabila orang tidak dengar apa yang aku bagitahu..hahahaaaaaaaaaa..Kesannya,pelajar junior menyampah dan meluat dengan kakak senior dio orang.Hah,kali kau orang rasa pulak apa yang kakak dan senior-senior lain pernah rasa.Seminggu je kau orang menyapah dan meluat dengan kita orang,lepas tu say good bye bebeh.hahahaaaaaaaa.
Penuh dewan Jubli Perak dengan kehadiran pelajar baru..Akak kau lupa nak ucapkan "Selamat Datang kat adik-adik junior.Jangan nakal ya dik."..adik-adiklah sangat kan..
Tu je serba sedikit mengenai aku untuk minggu ni..selebihnya akan di update entry seterusnya..heheeee..
Terima kasih......
No comments:
Post a Comment